Tuesday, 24 September 2013

Video Kontroversi?!

Merujuk kepada tajuk di atas video dibawah ni dikatakan kontroversi yang melibatkan umat Islam di Malaysia..?!

Kontroversi ke? maaflah tSania x rasa macam tu .Anjing mungkin HARAM disentuh oleh umat Islam.Tapi Islam ni Agama yang mudah.... kalau sentuh pun still boleh SAMAK...Mudahkan? dalam Islam pasti ada penyelesaiannya..

tSania kesal dengan sesetengah Melayu Islam yang NARROW MINDED..Mengatakan video ini sebagai kontroversi .Kalau readers lihat,si wanita ni x menyentuh pun anjing ni dan niatnya baik. Mulia lagi amalannya ini..memberi makanan kepada anjing yang sedang kelaparan.

Anjing pun makhluk Allah juga,selain itu umat Nabi Muhammad S.A.W.Firman Allah dalam surat Al-An’am ayat 38 menyebutkan : “Tidak ada satupun binatang di bumi dan burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan suatu umat seperti kamu juga.” Dalam suatu hadis, Nabi Muhammad pun pernah bersabda : “Andaikata anjing- anjing itu bukan umat seperti umat-umat yang lain, niscaya saya perintahkan untuk dibunuh.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi) Dari firman Allah dan hadis rasul di atas, jelas terlihat adanya suatu pengakuan jika anjing pun merupakan umat Nabi Muhammad. 

Jadi kita sebagai umat Islam perlu mendalami Al-Quran dan Hadith sebagai pegangan di dunia ni. Dengan itu x wujudlah Melayu Islam yang NARROW MINDED.. justeru lebih OPEN MINDED based on Al-Quran dan Hadith :) tSania juga berharap umat Islam tidak menghina anjing.






Terima kasih kerana sudi baca entry ini ;)

Monday, 23 September 2013

Suntikan Typhoid

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum to all readers out there :D

Moga readers semua sihat2 belaka ;) .Masih kebas lagi tangan kanan tSania..sebab akibat daripada suntikan typhOid. Kepada yang x tahu untuk apa suntikan typhoid? Alrite.. tSania nak cerita pengalaman tSania harini ;)

Suntikan typhOid ni wajib di ambil oleh peniaga dan pengusaha makanan. Mostly pekerja yang ada kena mengena dan berurusan dgn makanan. Sebagai contoh pekerja di gerai2 makanan,A&W, Pizza Hut,Kenny Rodger Roaster dan sewaktu dengannya WAJIB mendapatkan suntikan typhoid.

Hal ini untuk mengelak daripada berlaku jangkitan typhoid,demam kepialu atau keracunan makanan kepada pelanggan dan untuk menjamin kebersihan makanan :) .Actually selain suntikan ada juga klinik yang menawarkan dalam bentuk tablet...tetapi kena makan 3 kali means kena datang klinik utk 3 hari (1 hari 1 tablet) .Kaedah ni sesuai bagi mereka yang takut menerima suntikan.

Mengikut pengalaman tSania pagi tadi .. pengambilan tablet ada di sesetengah klinik tapi bayarannya agak mahal RM70 .Suntikan typhOid paling murah pun boleh dapat di klinik kerajaan atau Dewan Bandaraya dengan bayaran RM21 (paling murah..) Tapi kalau nak buat di klinik Kerajaan still kena lalu Dewan Bandaraya untuk dapatkan borang..

Kalau x de borang mmg x boleh buat suntikan di klinik kerajaan.Menurut nurse di klinik Sg. Buloh tadi.Kecewa jugaklah tadi tSania ingatkan bolehlah dapat dah suntikan dgn harga yang murah tapi... x de rezeki sbb kena lalu MBSA utk dapatkan borang dan suntikan tu pula bermula pukul 2 petang.. memang agak lama nak menunggu.

Jadi klinik swasta jugaklah yang menjadi pilihan kerana kesuntukan masa.hampir 10 buah klinik jugak yang tSania pergi usha untuk tanya harga suntikan mOstly mahaii ad yg smpai RM80 .. Tulah yang paling mahal tSania ketemu.Paling murah pun lepas ronda2 tadi RM50. Tanpa buang masa,inject jelah.. huhu~~
melayang RM50~~ haha tapi sokayh insyaAllah dah kerja nanti dapat balikkan?.. ;)



Terima kasih kerana sudi baca entry ini ;)